Friday, December 3, 2010

HIJAB CRAZY..PEARLHAYA


Salam,



kali ini kawan nak share dengan semua ttg tudung koleksi PEARLHAYA...tudung keluaran PH ni memang 'berhantu'...meaning that kalau dah start purchase sure nak purchase lagi..dan lagi...termasuklah kawan sendiri....diam tak diam dah dekat 20 psg dah kawan purchase tudung drp PH ni dlm tahun ni...giler....the best part is..boutique PH yang kat Senawang tu 
dokek pulak dgn rumah inlaw kawan....sebelum ni kawan tak pernah pun nak hafal jalan nak pergi Dataran Senawang tu...tapi sejak tahu boutique PH ada dekat situ terus memorize the route..hehehehe...kpd sesiapa yang belum try...give a short..harga tudung ni memang padan dengan kualitinya...memang xklusif...cubalah....gambar-gambar yg kawan attached kan ni antara tudung-tudung yang kawan dah ada (p/s model dlm gambar tu, model PH...sweet...padan dgn tudung)..have fun...btw blog utk ph www.pearlhaya.com

Alif Hakimi

Hari ni teman bercuti sesambil nguyah nasik lemak tu sesaje je teman nak share dengan korang Satu yg teman suka ngan anak teman ni lukisan dia.....korang tengok la sendiri....hehehe

berminat untuk membeli lukisan ni hehehe boleh hubungi amira sofea ok..enjoy

Black vs white


Sunday, October 3, 2010

| Selamat Hari Raya

Asalam semua, agaknya masih belum terlewat kawan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
Semoga sama-sama kita mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini....amin.


P/S minta maaf la no...kawan mmg tak sempat nak update Blog ni...tah mcm mana hari ni ada kelapangan syukur alhamdulillah. Berazam untuk mencari idea ,produk yang lebih baik

Sunday, August 15, 2010

| Bulan Puasa Telah Tiba |



Salam Hormat Semua.


Bersempena bulan yang indah saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa.


PERKATAAN Indah Adalah ALLAH
LAGU Merdu Adalah AzaN
MEDIA Terbaik Adalah AL-QUR’AN
SENAM sehat Adalah SHOLAT
DIET Sempurna Adalah PUASA
KEBERSIHAN Menyegarkan Adalah WUDUK
PERJALANAN Indah Adalah HAJI
KHAYALAN yang Baik Adalah Ingat Akan Dosa dan TAUBAT
SELAMAT MENYAMBUT BULAN SUCI RHAMADHAN



Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,MOHON MAAF LAHIR&BATHIN,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA



Dari Meg's Collection.

Thursday, July 29, 2010

Rahsia mencari kehidupan yang lebih bahagia.

1. Duduklah di penghujung malam hari untuk beristigfar, memohon ampunan pada Allah

2.Menyendirilah untuk bertafakkur

3.Bergaullah dengan orang-orang yang sholeh

4.Perbanyakanlah berdzikir

5.Sholat sunnah dua rokat dengan khusyuk

6.Bacalah Al-Quran dengan merenungkan maknanya

7.Puasa sunnahlah pada pada musim panas yang terik

8.Bershodakohlah dengan diam-diam

9.Berikanlah bantuan kepada sesama muslim yang tengah kesulitan

10.Berzuhudlah terhadap dunia yang fana.




Another 40 Tips for you. (Tips ni Teman terjumpa di kedai bunga kat Jaya Jusco hehehe)

Monday, July 5, 2010

|Tips dalam melayari Kehidupan|

Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.

Sunday, July 4, 2010

|Tip Mengawal kewangan keluarga|

Salam, nampaknya dah lama Blog ini tidak diupdate.Al maklumla sebagai surirumah+Ibu+org Gomen ni mmg sibuk memanjang....ini pun tah mcm mana boleh update article yg teman rasa berguna untuk dikongsikan bersama....ok layan....

Wednesday, May 5, 2010

|Hiburan | ringan | Ada | Berani

OK dah lama kawan tak menghidangkan santapan minda atau Hiburan ringan yer asyik meniaga je kan....hehehe ok kali ni kawan nak bawak anda menjelajah pulak ke  dalam air......sambil berenang-renang itik bersama-sama dengan sang Bedal.....produk ini mmg ada di luar negara dan kalau la produk mcm ini ada kat taman buaya  melaka.....hehehe. bagus jugak kan.....jangan pengsan udah.

ok enjoy the real view:











agaknya kalau la buaya tu dapat masuk la kan hmmmm
kecut perut..."no pain no glory"

Sunday, April 18, 2010

| Pencarion Stock Baru kini bermula | !!

Pencarian produk terbaru kini bermula!! tungguuuuu.
Terima kasih Diatas sambutan yang menggalakkan dari sahabat sekalian.
Ok untuk melihat stock yg masih available lagi,

Sila klik di bahagian Produk pakaian (New).Jangan lepaskan peluang ini....untuk yang tidak berkesempatan masih ada lagi kain yang cun-cun.


Tel/Sms  013-6130345 


Terima Kasih diatas sokongan anda!!


Friday, April 16, 2010

| | | | Stok | | | | Baru | | | | dari | | | | Meg"s Collection| | | | akan tiba tidak lama lagi

Asalam semua,minta maaflah sebab tak sempat kawan nak update block kawan. dah sampai nak naik sawang dah ni.....ok lah Stock baru dari kawan dah pun sampai dibawakan khas dari negeri cina.hehehe.....

tunggu yer....kawan nak amek gambo.......tungguuuu....

OK kawan prepare dulu apa yang patut k...zassssssss

Wednesday, April 7, 2010

Kekuasaan Allah.

Asalam kali ni teman nak pertontonkan kisah dan teladan yang boleh diambil sebagai ikhtibar. Lihat lah kekuasaan Allah yang maha esa.Kisah si Tanggang.
Tali sauh
 seorang model menggayakan fesyen kedudukan batu 
 model-model yang lain turut bergambar.

Moral of the story janganlah menderhaka terhadap ibu dan bapa.


Monday, April 5, 2010

| Jasin | melaka | malaysia

Kali ini kawan nak bercerita tentang sejarah asal-usul tempat kawan.....jangan mare eh...Abg Tuah ,Tun Mamat,bendahara melaka dengan Puteri gunung ledang pun ada dalam cerita ini.

Ok begini ceitranya Sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 lebih dikenali sebagai Kesang Pajak, nama yang diberikan kerana mengikut aliran sungai.

Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil.

Seorang pendatang berbangsa Bugis, Mat Yassin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau mendapat kerjasama pihak Inggeris sehingga Yassin menjadi begitu akrab dengan seorang Residen Inggeris yang memanggilnya dengan panggilan Jasin.


Dengan 'telo' Inggeris, nama Mat Yassin menjadi Jasin dan nama itu terus dipilih sebagai nama daerah yang kekal hingga hari ini.

Berdasarkan berkuatkuasanya undang-undang Malaysia melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain di negara ini, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) ditubuhkan pada tahun 1959. Ia telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin pada 1 Julai 1978.

Jasin dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Percaya atau tidak, mengikut cerita kisah lampau, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang itu merentasi hutan dengan melalui Jasin.

Semasa dalam perjalanan, Tun Mamat dan rombongannya singgah berehat di Jasin dan tempat singgahannya itu ialah di Rim.

Semasa singgah di Rim, Tun Mamat dikatakan telah menggali sebuah telaga dan kini dikenali Telaga Tun Mamat.

Telaga tersebut terletak di kawasan Rim, Jasin tetapi malangnya telaga itu telah ditimbus untuk melaksanakan projek padang bola sepak.

Lagi kisah mengenai Jasin di zaman Kesultanan Melaka di dalam Hikayat Hang Tuah di mana ia menceritakan bagaimana pahlawan itu telah difitnah hingga dihukum mati.

Bendahara Tun Perak telah ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut tetapi ia tidak dilaksanakan kerana mengetahui dia tidak bersalah.

Tempat Hang Tuah disembunyikan itu ialah di Hulu Melaka dan kini dikenali sebagai Hulu Duyung. Kini Hulu Duyung yang dimaksudkan itu terletak di Bemban dalam daerah Jasin.


Ini membuktikan Jasin merupakan antara daerah yang tertua dan banyak menyimpan kisah-kisah sejarah unik jika dikaji secara terperinci.

Jasin kini berkembang pesat dengan adanya pelbagai kemudahan awam dan bangunan yang didirikan bagi keselesaan penduduknya sendiri.

Ramai tokoh-tokoh terkenal berasal daripada Jasin sendiri. Antaranya ialah Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dan Juga Tan Sri Wira Haji Abdul Aziz Tapa yang merupakan tokoh sejarah Jasin dan ramai lagi .Kesimpulannya kawan memang berbangga jadi anak Jati Jasin gitu. wasalam.



Sunday, April 4, 2010

BTN TERAP SEMANGAT CINTAKAN NEGARA (mcm tajuk akhbar gitu)


11 – 15 Mac yang lepas, kawan gie kursus BTN…nasib baik dpt sama dengan Linda (budak satu Jabatan)…tempat kursus Di Kem Batu 3 Air Hitam, Muar Johor….


sebelum gie kursus tu..byk betul yg kawan terima feedback dari member-member yang dah attend that course before…semua kata BTN teruk…tapi bila dah melalui sendiri tak adalah seteruk mana….okey je..enjoy lagi ada….tapi aktiviti-aktiviti dia memang pack…schedule from 5.00 am up to 12.00 midnight….tapi mungkin rezeki batch kita orang kot….aktiviti outdoor kurang sebab asal petang je hujan..asal petang je hujan..so selamat ler…tapi lari 2km tu tetap…Alhamdulillah kawan managed to  finish the running within the time given….penat…and fyi..balik BTN berat turun 2kg..hehehehe….berkesan gak diet kawan ngan dak Linda masa kat BTN tu….anyway…sepanjang kursus banyak yang kawan perolehi….dpt ilmu baru (insaf dan sedar betapa pentingnya semangat cintakan Negara dan bangsa…)..kawan-kawan baru..most of the participants datang dari Johor…


kalau tak silap yang datang dari jabatan kat melaka 3 orang je….dia org semua sporting habis including the facilitators and the urusetia..almaklumla org JB…memang best…(mak kawan orang Johor…hehehe)….yang kelam kabut sikit masa course tu…time nak gosok baju dan nak charge hand phone…plug point yang disediakan kat dorm dua je…kongsi dkt 100 orang…isy..isy…tapi tu semua experience yang tak dapat kawan lupakan…..gambar yang kawan attached ni…merupakan member-member satu dorm..yang dkt ngan katil kawan….kepala semua best…..kawan rasa cukup setakat ni dulu…and disebabkan course ni…kenalan kawan dah bertambah..in fact ada yang dah jadi customer kawan lagi…satu perkembangan yang sihat….Alhamdulillah….



Raya 2009 bersama orang baru....


Insan baru dalam hidup ku.....yg pakai baju princess tu......Amira sofea.moga tahun2 mendatang akan lebih menceriakan hidup ku sekeluarga.....amin....bila le nak update baju terbaru ni.....hehehe.......


| Sehari | Di | Zoo | melaka |

Ok pada hari ini plan nak pergi ke Zoo melaka....lama dah tak pegi so....pagi2 lagi dua orang hero aku dah
standby.....
dah siap dengan kasut dan kelengkapan perang yang lain....topi XPDC dan cap terbalik....
perjalanan takde la lama nor....lebih kyrang 30 minit je....dah sampai...mula-mula jumpa dengan
binatang apa kat belakang tu murid2?......pandai badak sumbu.
selepas itu pengembaraan kami diteruskan lagi.....
jumpa dengan gajah.......sambil posing manje gitu....
zirafah......
lepas tu  plan nak naik gajah tapi tak jadi......sebab hero takut nak naik........
berhenti lepak jap ....amek nafas sambil posing manje gitu....
tengok  aksi burung unta ......yg terlampau......
sang bedal.....
tengok burung.....siap masuk dalam sangkar lagi tuuuu......agaknya burung apa ..ye.
Lepas tu boleh amek gambo dengan kura-kura....siap boleh landing lagi atas kura2 tu........(kura-kura batu)
Beruang dan aksi yg terlampaunya......hehehe.
king kong Junior.....ala yang mcm dalam cerita movie tuuuu......graauuuuuuuuu......
ok Hero dah penat...tengok ler tahap kepenatan diaorang tu......hehehe kesian...
haaaa.....dah tak leh tahan dah.......tengok dari gaya adik berjalan siap dengan lengok kepala lagi..nampak gayanya pengembaraan ke ZOO melaka dah nak tamat.....ingat nak balik rumah berehat...........hehehe....tapi seronok juga dapat melihat binatang-binatang yg hemsom-hemsom dekat Zoo melaka......ok...nanti boleh sambung lagi pengembaraan kami di episod lain ok
wasalam...muka dah nak tidor dah tu.....kesian...


Friday, April 2, 2010

Kongsi Bersama

Salam...hari ini genap 11 tahun Arwah Papa meninggalkan kami sekeluarga...di kota suci inilah arwah disemadikan...semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman .....Amin...Al Fatihah...l

Monday, March 29, 2010

Stock Baru Coming Soon!!

Asalam buat sahabat sekalian.!
First Ana mahu minta ampun la sebab tak sempat nak update Blog Ana,Ana banyak sebuk la Busy la....busy...tapi ana janjila after this ana akan provide ente dgn stok yg terbaru sekembalinya ana dari pencarian fesyen yg terkini....tungguuuuu...
OK Jom dapatkan stok terbaru  dari Ana .....  setiap minggu daripada Meg's Collection. 


Eksklusif di megawatirahmat@blogspot.com 

Related Posts with Thumbnails