Monday, April 5, 2010

| Jasin | melaka | malaysia

Kali ini kawan nak bercerita tentang sejarah asal-usul tempat kawan.....jangan mare eh...Abg Tuah ,Tun Mamat,bendahara melaka dengan Puteri gunung ledang pun ada dalam cerita ini.

Ok begini ceitranya Sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 lebih dikenali sebagai Kesang Pajak, nama yang diberikan kerana mengikut aliran sungai.

Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil.

Seorang pendatang berbangsa Bugis, Mat Yassin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau mendapat kerjasama pihak Inggeris sehingga Yassin menjadi begitu akrab dengan seorang Residen Inggeris yang memanggilnya dengan panggilan Jasin.


Dengan 'telo' Inggeris, nama Mat Yassin menjadi Jasin dan nama itu terus dipilih sebagai nama daerah yang kekal hingga hari ini.

Berdasarkan berkuatkuasanya undang-undang Malaysia melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain di negara ini, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) ditubuhkan pada tahun 1959. Ia telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin pada 1 Julai 1978.

Jasin dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Percaya atau tidak, mengikut cerita kisah lampau, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang itu merentasi hutan dengan melalui Jasin.

Semasa dalam perjalanan, Tun Mamat dan rombongannya singgah berehat di Jasin dan tempat singgahannya itu ialah di Rim.

Semasa singgah di Rim, Tun Mamat dikatakan telah menggali sebuah telaga dan kini dikenali Telaga Tun Mamat.

Telaga tersebut terletak di kawasan Rim, Jasin tetapi malangnya telaga itu telah ditimbus untuk melaksanakan projek padang bola sepak.

Lagi kisah mengenai Jasin di zaman Kesultanan Melaka di dalam Hikayat Hang Tuah di mana ia menceritakan bagaimana pahlawan itu telah difitnah hingga dihukum mati.

Bendahara Tun Perak telah ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut tetapi ia tidak dilaksanakan kerana mengetahui dia tidak bersalah.

Tempat Hang Tuah disembunyikan itu ialah di Hulu Melaka dan kini dikenali sebagai Hulu Duyung. Kini Hulu Duyung yang dimaksudkan itu terletak di Bemban dalam daerah Jasin.


Ini membuktikan Jasin merupakan antara daerah yang tertua dan banyak menyimpan kisah-kisah sejarah unik jika dikaji secara terperinci.

Jasin kini berkembang pesat dengan adanya pelbagai kemudahan awam dan bangunan yang didirikan bagi keselesaan penduduknya sendiri.

Ramai tokoh-tokoh terkenal berasal daripada Jasin sendiri. Antaranya ialah Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dan Juga Tan Sri Wira Haji Abdul Aziz Tapa yang merupakan tokoh sejarah Jasin dan ramai lagi .Kesimpulannya kawan memang berbangga jadi anak Jati Jasin gitu. wasalam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails