Salam buat semua,
Bulan ini adalah bulan Bonus untuk kita semua,dimana pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Marilah kita sama-sama mendapatkan apa yang dihajati pada bulan yang mulia ini dengan beramal insyaallah.
Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
- Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
- Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
- Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
- Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
- Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
- Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
- Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
- Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
- Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
- Banyakan sedekah.
- Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
- Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
- Dan jangan terlupa zakat fitra.
Semoga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka ini kita tidak menjadi orang rugi.Amin.
No comments:
Post a Comment