Sunday, April 18, 2010

| Pencarion Stock Baru kini bermula | !!

Pencarian produk terbaru kini bermula!! tungguuuuu.
Terima kasih Diatas sambutan yang menggalakkan dari sahabat sekalian.
Ok untuk melihat stock yg masih available lagi,

Sila klik di bahagian Produk pakaian (New).Jangan lepaskan peluang ini....untuk yang tidak berkesempatan masih ada lagi kain yang cun-cun.


Tel/Sms  013-6130345 


Terima Kasih diatas sokongan anda!!


Friday, April 16, 2010

| | | | Stok | | | | Baru | | | | dari | | | | Meg"s Collection| | | | akan tiba tidak lama lagi

Asalam semua,minta maaflah sebab tak sempat kawan nak update block kawan. dah sampai nak naik sawang dah ni.....ok lah Stock baru dari kawan dah pun sampai dibawakan khas dari negeri cina.hehehe.....

tunggu yer....kawan nak amek gambo.......tungguuuu....

OK kawan prepare dulu apa yang patut k...zassssssss

Wednesday, April 7, 2010

Kekuasaan Allah.

Asalam kali ni teman nak pertontonkan kisah dan teladan yang boleh diambil sebagai ikhtibar. Lihat lah kekuasaan Allah yang maha esa.Kisah si Tanggang.
Tali sauh
 seorang model menggayakan fesyen kedudukan batu 
 model-model yang lain turut bergambar.

Moral of the story janganlah menderhaka terhadap ibu dan bapa.


Monday, April 5, 2010

| Jasin | melaka | malaysia

Kali ini kawan nak bercerita tentang sejarah asal-usul tempat kawan.....jangan mare eh...Abg Tuah ,Tun Mamat,bendahara melaka dengan Puteri gunung ledang pun ada dalam cerita ini.

Ok begini ceitranya Sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 lebih dikenali sebagai Kesang Pajak, nama yang diberikan kerana mengikut aliran sungai.

Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil.

Seorang pendatang berbangsa Bugis, Mat Yassin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau mendapat kerjasama pihak Inggeris sehingga Yassin menjadi begitu akrab dengan seorang Residen Inggeris yang memanggilnya dengan panggilan Jasin.


Dengan 'telo' Inggeris, nama Mat Yassin menjadi Jasin dan nama itu terus dipilih sebagai nama daerah yang kekal hingga hari ini.

Berdasarkan berkuatkuasanya undang-undang Malaysia melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain di negara ini, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) ditubuhkan pada tahun 1959. Ia telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin pada 1 Julai 1978.

Jasin dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Percaya atau tidak, mengikut cerita kisah lampau, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang itu merentasi hutan dengan melalui Jasin.

Semasa dalam perjalanan, Tun Mamat dan rombongannya singgah berehat di Jasin dan tempat singgahannya itu ialah di Rim.

Semasa singgah di Rim, Tun Mamat dikatakan telah menggali sebuah telaga dan kini dikenali Telaga Tun Mamat.

Telaga tersebut terletak di kawasan Rim, Jasin tetapi malangnya telaga itu telah ditimbus untuk melaksanakan projek padang bola sepak.

Lagi kisah mengenai Jasin di zaman Kesultanan Melaka di dalam Hikayat Hang Tuah di mana ia menceritakan bagaimana pahlawan itu telah difitnah hingga dihukum mati.

Bendahara Tun Perak telah ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut tetapi ia tidak dilaksanakan kerana mengetahui dia tidak bersalah.

Tempat Hang Tuah disembunyikan itu ialah di Hulu Melaka dan kini dikenali sebagai Hulu Duyung. Kini Hulu Duyung yang dimaksudkan itu terletak di Bemban dalam daerah Jasin.


Ini membuktikan Jasin merupakan antara daerah yang tertua dan banyak menyimpan kisah-kisah sejarah unik jika dikaji secara terperinci.

Jasin kini berkembang pesat dengan adanya pelbagai kemudahan awam dan bangunan yang didirikan bagi keselesaan penduduknya sendiri.

Ramai tokoh-tokoh terkenal berasal daripada Jasin sendiri. Antaranya ialah Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dan Juga Tan Sri Wira Haji Abdul Aziz Tapa yang merupakan tokoh sejarah Jasin dan ramai lagi .Kesimpulannya kawan memang berbangga jadi anak Jati Jasin gitu. wasalam.



Sunday, April 4, 2010

BTN TERAP SEMANGAT CINTAKAN NEGARA (mcm tajuk akhbar gitu)


11 – 15 Mac yang lepas, kawan gie kursus BTN…nasib baik dpt sama dengan Linda (budak satu Jabatan)…tempat kursus Di Kem Batu 3 Air Hitam, Muar Johor….


sebelum gie kursus tu..byk betul yg kawan terima feedback dari member-member yang dah attend that course before…semua kata BTN teruk…tapi bila dah melalui sendiri tak adalah seteruk mana….okey je..enjoy lagi ada….tapi aktiviti-aktiviti dia memang pack…schedule from 5.00 am up to 12.00 midnight….tapi mungkin rezeki batch kita orang kot….aktiviti outdoor kurang sebab asal petang je hujan..asal petang je hujan..so selamat ler…tapi lari 2km tu tetap…Alhamdulillah kawan managed to  finish the running within the time given….penat…and fyi..balik BTN berat turun 2kg..hehehehe….berkesan gak diet kawan ngan dak Linda masa kat BTN tu….anyway…sepanjang kursus banyak yang kawan perolehi….dpt ilmu baru (insaf dan sedar betapa pentingnya semangat cintakan Negara dan bangsa…)..kawan-kawan baru..most of the participants datang dari Johor…


kalau tak silap yang datang dari jabatan kat melaka 3 orang je….dia org semua sporting habis including the facilitators and the urusetia..almaklumla org JB…memang best…(mak kawan orang Johor…hehehe)….yang kelam kabut sikit masa course tu…time nak gosok baju dan nak charge hand phone…plug point yang disediakan kat dorm dua je…kongsi dkt 100 orang…isy..isy…tapi tu semua experience yang tak dapat kawan lupakan…..gambar yang kawan attached ni…merupakan member-member satu dorm..yang dkt ngan katil kawan….kepala semua best…..kawan rasa cukup setakat ni dulu…and disebabkan course ni…kenalan kawan dah bertambah..in fact ada yang dah jadi customer kawan lagi…satu perkembangan yang sihat….Alhamdulillah….



Raya 2009 bersama orang baru....


Insan baru dalam hidup ku.....yg pakai baju princess tu......Amira sofea.moga tahun2 mendatang akan lebih menceriakan hidup ku sekeluarga.....amin....bila le nak update baju terbaru ni.....hehehe.......


| Sehari | Di | Zoo | melaka |

Ok pada hari ini plan nak pergi ke Zoo melaka....lama dah tak pegi so....pagi2 lagi dua orang hero aku dah
standby.....
dah siap dengan kasut dan kelengkapan perang yang lain....topi XPDC dan cap terbalik....
perjalanan takde la lama nor....lebih kyrang 30 minit je....dah sampai...mula-mula jumpa dengan
binatang apa kat belakang tu murid2?......pandai badak sumbu.
selepas itu pengembaraan kami diteruskan lagi.....
jumpa dengan gajah.......sambil posing manje gitu....
zirafah......
lepas tu  plan nak naik gajah tapi tak jadi......sebab hero takut nak naik........
berhenti lepak jap ....amek nafas sambil posing manje gitu....
tengok  aksi burung unta ......yg terlampau......
sang bedal.....
tengok burung.....siap masuk dalam sangkar lagi tuuuu......agaknya burung apa ..ye.
Lepas tu boleh amek gambo dengan kura-kura....siap boleh landing lagi atas kura2 tu........(kura-kura batu)
Beruang dan aksi yg terlampaunya......hehehe.
king kong Junior.....ala yang mcm dalam cerita movie tuuuu......graauuuuuuuuu......
ok Hero dah penat...tengok ler tahap kepenatan diaorang tu......hehehe kesian...
haaaa.....dah tak leh tahan dah.......tengok dari gaya adik berjalan siap dengan lengok kepala lagi..nampak gayanya pengembaraan ke ZOO melaka dah nak tamat.....ingat nak balik rumah berehat...........hehehe....tapi seronok juga dapat melihat binatang-binatang yg hemsom-hemsom dekat Zoo melaka......ok...nanti boleh sambung lagi pengembaraan kami di episod lain ok
wasalam...muka dah nak tidor dah tu.....kesian...


Friday, April 2, 2010

Kongsi Bersama

Salam...hari ini genap 11 tahun Arwah Papa meninggalkan kami sekeluarga...di kota suci inilah arwah disemadikan...semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman .....Amin...Al Fatihah...l
Related Posts with Thumbnails